15 Ogos 2019 – Kenyataan Media Majlis Belia Sabah
MODUL PENDIDIKAN DEMOKRASI BELIA SABAH PERLU DIWUJUDKAN

1. Merujuk kepada pelbagai isu perkauman dan politik sempit yang berlaku kebelakangan ini, Majlis Belia Sabah (MBS) melihat terdapat keperluan mendesak untuk kerajaan negeri mewujudkan modul pendidikan demokrasi mengikut acuan negeri Sabah. Usaha ini wajar dilakukan bukan sahaja di dalam sekolah atau institut pengajian, malah perlu dibudayakan di luar silibus pendidikan formal.

2. Perbezaan latar agama dan kaum yang berbeza di negeri Sabah perlu diambil kira dalam pembentukan modul tersebut. Hal ini kritikal bagi memastikan keharmonian kaum di negeri Sabah dapat dikekalkan.

3. Selain daripada itu, penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun menjadikan pelajar sekolah menengah tingkatan 3 pada tahun ini bakal menjadi pengundi baharu pada PRU yang akan datang. MBS melahirkan kerisauan sentimen populisma yang mudah mempengaruhi keputusan anak muda.

4. Bakal pengundi baharu ini terdedah dengan pelbagai naratif negatif dan fakta yang tidak pasti kesahihannya di media sosial. Tambahan lagi, kumpulan umur ini merupakan pengguna aplikasi media sosial yang dominan.

5. Justeru, MBS menggesa kerajaan negeri untuk menginstitusikan modul pendidikan demokrasi dan kenegeraan negeri Sabah sebagai langkah progresif dalam mendepani cabaran ini. MBS sebagai badan induk pertubuhan belia negeri Sabah bersedia untuk menjadi rakan kongsi kerajaan negeri dalam menjayakan usaha tersebut.

Ahmad Farid Sainuri
Presiden
Majlis Belia Sabah

019 897 7000
beliasabah@gmail.com

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close