2 Julai 2019 – Kenyataan Media Majlis Belia Sabah
“JANGAN KHIANATI GERAKAN BELIA”

  1. Majlis Belia Sabah merujuk kepada Rang Undang – Undang (RUU) Pindaan Akta 668 yang dibentangkan di parlimen oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 1 Julai 2019. Antara implikasi pindaan tersebut adalah penurunan takrifan umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun dan juga kelayakan memegang jawatan dalam pertubuhan belia hanya kepada kumpulan umur 18 – 30 tahun bermula Ogos 2019.
  2. MBS sebagai pertubuhan belia induk di Sabah menyokong penuh sebarang usaha untuk meremajakan kepimpinan pertubuhan belia. Hal ini selari dengan matlamat MBS untuk menyediakan pelapis pimpinan negara untuk masa hadapan.
  3. Berdasarkan ucapan YB Menteri pada Hari Belia Negara 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 15 Mei lepas, transisi penurunan takrifan umur akan dijalankan secara berperingkat daripada 30 kepada 35 terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, transisi ini tidak dinyatakan dalam RUU yang dibentang di parlimen. Malah diturunkan secara drastik daripada 40 ke 30 tahun.
  4. Tanpa menafikan kebolehan anak muda berumur bawah 30 tahun untuk memimpin, ketiadaan transisi ini akan mengakibatkan kelompongan pimpinan pelapis yang dapat memimpin pertubuhan belia dengan efektif
  5. Keputusan drastik ini tidak mencerminkan realiti sebenar keperluan pertubuhan belia bagi melahirkan kepemimpinan belia yang efektif. Ekosistem pembangunan belia sedia ada masih tidak mendorong kepimpinan muda untuk ke hadapan. Anak muda perlukan sokongan kementerian, bukannya tekanan.
  6. Justeru, MBS menggesa ahli parlimen terutamanya daripada Sabah untuk menolak pindaan RUU ini. MBS mendesak ahli parlimen untuk mengekalkan transisi penurunan umur belia kepada 35 terlebih dahulu sebelum diturunkan kepada 30 tahun. Baik untuk takrifan mahupun kelayakan memegang jawatan dalam pertubuhan belia.

 

Ahmad Farid Sainuri
Presiden
Majlis Belia Sabah
+60 19 897 7000
beliasabah@gmail.com
www.beliasabah.org.my

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close