5 Julai 2019 – Kenyataan Media Majlis Belia Sabah
MBS SAHUT BAIK KEPUTUSAN KBSS

1. Majlis Belia Sabah merujuk kepada kenyataan YB Menteri Belia Dan Sukan Sabah, YB Ginger Phoong Jin Zhe mengenai Rang Undang – Undang Pindaan Akta 668 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat baru – baru ini.

2. Hasil perbincangan yang berterusan antara Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah, keputusan untuk menerima pindaan akta ini dengan acuan Sabah adalah keputusan yang tepat lagi progresif demi pembangunan belia Sabah.

3. Keputusan untuk melaksanakan pindaan had umur ini tanpa sebarang tempoh transisi dilihat sebagai kaedah terbaik untuk memastikan transisi ini berlaku dengan lancar dan bukan dengan tekanan undang – undang. MBS sebagai badan induk pertubuhan belia di Sabah berpendapat bahawa had umur 35 adalah umur ideal untuk menggalakkan proses peremajaan kepimpinan dalam pertubuhan belia

4. Dengan pindaan akta ini, takrifan had umur belia Sabah adalah 15 – 35 tahun dan had umur pemegang jawatan pertubuhan belia adalah 18 – 35 sehingga kajian dan penilaian menyeluruh dibuat untuk memastikan belia Sabah benar – benar bersedia untuk diturunkan kepada 30 tahun. Penilaian pertama akan dibuat pada tahun 2021 bagi mengkaji kesediaan belia Sabah menghadapi penurunan had umur. Penggubalan Enakmen Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia Sabah juga dipertimbangkan sekiranya penilaian tidak mencapai sasaran.

5. Cadangan YB Menteri untuk memberi insentif tambahan bagi menggalakkan pertubuhan belia melatih lebih ramai anak muda dibawah umur 30 tahun menjadi barisan pimpinan disokong sepenuhnya oleh MBS

6. MBS menghargai keprihatinan YB Menteri yang sentiasa mendengar dan bertindak seiring dengan keperluan belia Sabah

“BELIA SABAH BERWIBAWA”

Ahmad Farid Sainuri
Presiden
Majlis Belia Sabah

+6 019 897 7000
beliasabah@gmail.com

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close