ASPIRASI : KHAIRILIZWAN JAMROS, BANTU ASAH BAKAT BELIA MELALUI PEMASARAN DIGITAL

KHAIRILIZWAN JAMROS

ASPIRASI pada kali ini ingin memperkenalkan seorang pemuda berasal dari Kudat, Sabah yang telah berjaya mengasaskan sebuah syarikat perniagaan yang banyak membantu meperkenalkan bakat-bakat belia di Sabah melalui pemasaran digital yang telah menjadi kepakaran beliau. Jom berkenalan dengan Ikon ASPIRASI ini. Semoga bermanfaat!

Khairilizwan Jamros merupakan anak jati Sabah berasal dari Kudat, Sabah yang mula berjinak dengan pemasaran digital sejak tahun 2008 lagi serta aktif dalam pembangunan komuniti belia di Sabah. Pada awal penglibatan dia dalam pemasaran digital, ebook pertamanya telah mencecah jualan 5 angka pada ketika itu dengan hanya melalui pembelajaran secara online menjadi titik semangat baru untuk mengembangkan lagi pemasaran digital di Sabah.

Merupakan seorang yang aktif dalam membangunkan komuniti belia di Sabah terutamanya dalam dunia pemasaran digital, pernah mengasas serta presiden pertama Persatuan Usahawan Internet Sabah (PUIS) dan kemudian mengembangkan lagi potensi pemasaran digital melalui tim khasnya Khaiz Empire dan platform komunitinya Sabahan Dot My.

Khaiz Empire yang mempunyai lebih 20 krew terdiri dari belia sabahan pelbagai bangsa aktif menjalankan perkhidmatan berkaitan pemasaran digital, pembangunan laman web, videografi, fotografi termasuk seminar dan bengkel pemasaran digital di Sabah. Khaiz Empire telah membantu banyak usahawan di Sabah bagi mengembangkan perniagaan mereka ke arah pemasaran digital sejak tahun 2013.

Khairilizwan juga merupakan seorang yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai bidang terutamanya ICT, fotografi, videografi, membina laman web, rekabentuk grafik, penyelenggaraan komputer, rangkaian internet , sistem linux termasuk server dan merupakan Certified Professional Trainer & Learning Facilitator NFNLP,USA.

Peristiwa Gempa Bumi 2015 & Sabahan Dot My

Banyak yang tidak mengetahui, platform Sabahan Dot My yang dibangunkan oleh Khairilizwan Jamros terbentuk selepas peristiwa gempa bumi di Sabah pada tahun 2015. Kekurangan platform komuniti online pada ketika itu menjadi satu bentuk tanggungjawab Khaiz Empire untuk bangunkan komuniti Sabahan Dot My bermula 1 Januari 2016.

Sabahan Dot My mengabungkan 3 elemen utama iaitu komuniti, keusahawanan & industri seni Sabah sebagai kekuatan asas platform tersebut. Setakat ini Sabahan Dot My yang mempunyai lebih 200 ribu follower telah merancakkan lagi perkembangan komuniti, keusahawan dan industri seni di Sabah.

Khairilizwan Jamros yang sebelum ini juga pernah bekerja sepenuh masa di sektor kerajaan persekutuan selama 12 tahun dalam bidang ICT mengambil keputusan untuk meletak jawatan ketika berumur 30 tahun bagi memberikan fokus sepenuhnya kepada Khaiz Empire dan komuniti Sabahan Dot My.

Visi & misinya adalah untuk menjadikan lebih ramai mereka di luar sana celik dalam dunia pemasaran digital sekaligus dalam perkembangan revolusi industri digital.

Untuk mengenali dan berkomunikasi bersama Khairilizwan dengan lebih lanjut. Ikuti beliau di laman Facebook.com/Khairilizwan.Jamros 

Hantarkan kisah menarik anda untuk diterbitkan dalam slot ASPIRASI laman web Majlis Belia Sabah dengan menghantar artikel, gambar atau video ke alamat emel kami: beliasabah@gmail.com

#ASPIRASI #BeliaSabah #MajuJaya

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close