ASPIRASI : PATANG SAHARING GIAT BANTU BELIA, BERKONGSI ILMU KEJAYAAN

PATANG SAHARING

ASPIRASI pada kali ini ingin memperkenalkan seorang pemuda berasal dari Tawau, Sabah yang telah berjaya memperluaskan perniagaan beliau dengan tambahan pelbagai inovasi menarik. Jom berkenalan dengan Ikon ASPIRASI ini. Semoga bermanfaat!

Mejar Bersekutu (PA) Patang Bin Saharing seorang ikon belia yang telah membuka perniagaan Klinik Pergigian Asmah bersama isterinya. Saudara Patang sangat aktif berpersatuan untuk memasarkan kliniknya kepada orang ramai. Bermula dengan menjadi ahli Persatuan Usahawan Bumiputera Tawau (PUBT) pada awal tahun 2014, beliau membuat jaringan dengan usahawan-usahawan lain.

 Sepanjang berniaga lebih kurang 3-6 bulan, dia mendapat idea perniagaan yang unik di mana masalah yang dihadapi oleh pelanggannya yang datang ke klinik. Daripada hikmah berpersatuan, dia mendapat tahu yang idea perniagaan boleh dipertandingankan untuk mendapat geran bantuan daripada kerajaan. Pada tahun 2014, dia cuba mengetengahkan idea SPA PERGIGIAN dengan menyertai Pitch Borneo anjuran kerajaan Negeri Sabah dan dia hanya layak sehingga ke peringkat akhir. Dia tidak berputus asa dan selepas itu dia memohon untuk menyertai program SUPERB anjuran Teraju.

Pada hujung 2014, dia telah dipilih antara 99 peserta teratas daripada lebih 4,000 orang yang memohon seluruh Malaysia, sebagai salah satu peserta peringkat akhir siri 3, 2014. Pengumuman pemenang pada 2015, amat dinantikan dimana Patang dinobatkan antara pemenang  geran RM500,000.00 dengan idea perniagaan unik dan inovatif, SPA PERGIGIAN. Melalui TERAJU program SUPERB ini semestinya satu pengalaman yang tidak ternilai. Bertemu dengan rakan-rakan usahawan yang memberi inspirasi, jurulatih berpengalaman dan mentor dari latar belakang dan industri yang berbeza telah membuka mata untuk usahawan muda.

Klinik Pergigian Asmah adalah klinik pergigian yang pertama di Malaysia berkonsep SPAPERGIGIAN yang mana dibuka dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra Tawau. Klinik ini juga sepenuhnya diusahakan dan dikendalikan oleh golongan belia yang berpengalaman dan profesional. Pada peringkat awalnya, klinik ini hanya fokus kepada perkhidmatan Rawatan Pergigian Umum seperti cabutan gigi, tampalan dan cucian gigi. Hari demi hari permintaan untuk rawatan pergigian semakin meningkat. Dengan sedikit suntikan modal, Klinik Pergigian Asmah melangkah satu tapak ke hadapan dengan membeli beberapa buah peralatan dan kelengkapan baru untuk rawatan-rawatan lain seperti Rawatan Pemutihan Gigi, Pembedahan Mulut kecil, Rawatan Akar, Gigi Palsu dan Rawatan Korona atau Jambatan Pergigian.

Selain menguruskan syarikatnya sendiri, Patang juga aktif membantu usahawan-usahawan di seluruh Sabah dengan membuat kursus-kursus atau majlis ilmu secara percuma berkenaan asas-asas keusahawanan. Tahun 2015, melalui program TERAJU SUPERB beberapa orang usahawan telah berjaya sampai ke peringkat separuh akhir dan seorang menjadi pemenang SUPERB selepas di bantu oleh Patang dan dia tidak berhenti untuk membantu mana-mana usahawan yang memerlukan khidmat nasihatnya. Pada tahun 2016, Patang telah dianugerahkan sebagai Ikon Belia Negeri Sabah Tahun 2016 (Kategori Belia Kreatif & Inovatif) daripada Kementerian Belia Dan Sukan Sabah kerana usahanya dalam persatuan dan kerja-kerja sukarela dengan memberikan kursus-kursus dan majlis ilmu percuma kepada para belia berkenaan Keusahawanan.  Atas usaha sukarelawan dan demi membantu usahawan Sabah dan juga orang ramai dengan membantu memberikan ilmu-ilmu asas keusahawan dan maklumat berkenaan bantuan-bantuan daripada kerajaan, Patang telah dianugerahkan watikah perlantikan sebagai Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam dengan pangkat Mejar Bersekutu pada 13 Oktober 2017. Pada awal tahun 2018, Patang telah memberikan peluang pekerjaan kepada para belia di sekitar Tawau di mana beliau telah membuka 3 cabang perniagaan baru iaitu Syarikat Pengangkutan Sahara, Sahara Trading dan Tawau Futsal Centre (pusat riadah para belia supaya tidak terjebak ke kancah tidak baik).

 

Untuk mengenali dan berkomunikasi bersama Patang dengan lebih lanjut. Ikuti beliau di laman Facebook.com/Patang.Saharing

Hantarkan kisah menarik anda untuk diterbitkan dalam slot ASPIRASI laman web Majlis Belia Sabah dengan menghantar artikel, gambar atau video ke alamat emel kami: beliasabah@gmail.com

#ASPIRASI #BeliaSabah #MajuJaya

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close