ASPIRASI : ZAHARINAH MASAIR, BANTU BELIA MELALUI KEUSAHAWANAN

Zaharinah Masair

 

ASPIRASI seterusnya kali ini ingin memperkenalkan seorang beliawanis yang berumur 32 tahun dan berasal dari Kudat, Sabah. Beliau telah berjaya mengasaskan sebuah perniagaan yang dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi belia Sabah melalui pemasaran kosmetik dan kini telah memiliki kilang sendiri. Jom berkenalan dengan Ikon ASPIRASI ini. Semoga bermanfaat!

Sebelum ini Zaharinah pernah bekerja di salah sebuah bank selama lapan tahun sebelum memilih kerjaya sepenuh masa sebagai usahawan. Ketika berumur 23 tahun, Zaharinah pernah di uji dengan sakit “Diffuse b-cell Lymphoma” di mana dia perlu menjalankan kimoterapi di Hospital Queen Elizabeth.Pada ketika itu, dia merasakan sudah tidak ada peluang untuk sembuh kerana hampir 1 tahun terpaksa ulang alik ke hospital untuk rawatan kimoterapi dan sangat lemah untuk melakukan kerja.Namun, tiba-tiba dia mendapat satu kekuatan untuk mesti sembuh kerana masih ada bayi kecil dan masih terlalu muda. Alhamdullilah usianya masih di panjangkan dan sakit beransur pulih.

Selepas hampir pulih, Zaharinah memulakan perniagaan pertamanya pada tahun 2012. Perniagaan pertama yang di jalankan adalah membuka kedai café makanan dan menjual baju di pekan Kudat. Perniagaannya itu hanya bertahan selama setahun sahaja dan kerugian hampir RM 4,000. Habis duit simpanan dan perniagaannya tutup begitu sahaja. Zaharinah terpaksa mengangkut baju jualan yang tidak habis dan menjual di tamu Sikuati untuk habiskan stok yang berlambak. Tetapi sama sekali dia tidak patah semangat dia mencuba lagi berniaga dengan menjadi ejen produk kosmetik orang lain, menjual insuran dan menjalankan perniagaan MLM menjual produk kesihatan. Namun semuanya gagal dan tidak berhasil.

Sehinggalah pada tahun 2016, Zaharinah cuba belajar membuat sabun homemade, mengikuti kursus-kursus kosmetik dan mengeluarkan produk pertamanya iaitu sabun berasaskan gamat. Zaharinah tidak menyangka, sabun gamat yang dia keluarkan laris dan mempunyai puluhan ejen dan stokis ketika itu. Pada awalnya, sabun homemade yang dia buat hanya diproses di bilik arwah ibunya. Zaharinah perlahan-lahan mencari dana dan suntikan modal untuk memperbesarkan lagi kapasiti pengeluaran dengan mendapatkan mesin dan tempat yang sesuai untuk pemprosesan produk kosmetiknya. Pada tahun 2018, Zaharinah berpindah dari based homemade ke kilang kosmetik yang terletak di Pusat Keusahawanan Desa Kudat. Kini , kilang kosmetik yang di beri nama LZ INDUSTRY SDN BHD , sudah melahirkan hampir 100 orang usahawan kosmetik di Seluruh Malaysia yang telah membuat produk jenama sendiri di kilangnya.Kilang kosmetiknya juga telah memberi peluang dan ruang pekerjaan kepada graduan kelulusan Kimia yang sukar mendapat pekerjaan yang sesuai di daerahnya sendiri dan menerima pelajar praktikal daripada Universiti.

Syarikat beliau juga mengeluarkan produk inovasi daripada ekstrak abalone dan dijadikan produk kosmetik. Idea ini adalah produk kosmetik pertama yang mengunakan asas abalone dan pernah dapat suntikan dana daripada SEDIA –TERAJU pada tahun 2018.

Selain itu, Zaharinah juga kerap dipanggil untuk membuat talk kerjaya sebagai usahawan untuk belia dan disekitar daerahnya. Bukan itu sahaja, beliau juga aktif memberikan kursus pembuatan sabun homemade. Pada tahun 2019, Zaharinah pernah di anugerahkan Usahawan Wanita Terbaik daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Anugerah Usahawan Sabah daripada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (DIDR). Terkini, Zaharinah menjadi mentor untuk komuniti di daerahnya untuk membimbing belia menjadi usahawan berdaya saing kelak.

 

 

Untuk mengenali dan berkomunikasi bersama Zaharinah dengan lebih lanjut. Ikuti beliau di laman Facebook.com/Zaharinah.Masair

Hantarkan kisah menarik anda untuk diterbitkan dalam slot ASPIRASI laman web Majlis Belia Sabah dengan menghantar artikel, gambar atau video ke alamat emel kami: beliasabah@gmail.com

#ASPIRASI #BeliaSabah #MajuJaya

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close