BANTUAN PRIHATIN DAPUR BELIA 4.0

๐…๐€๐ – ๐ƒ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐’๐š๐›๐š๐ก (๐Œ๐๐’)

๐Ÿ.๐€๐ฉ๐š ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ƒ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š (๐ƒ๐) – ๐Œ๐๐’?

DB MBS merupakan misi kemanusiaan dengan membuat agihan bantuan berupa bakul makanan dapur, pek tenaga untuk barisan hadapan dan pelbagai bantuan lain termasuk pendidikan mengikut keperluan dan kesesuaian lokasi gerakan. Gerakan ini adalah diselaraskan oleh Majlis Belia Sabah
Usaha ini disokong oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pertama dikeluarkan pada tahun 2020 dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid 19. Bermula dari siri 1.0 semasa arahan PKP hinggalah yang terkini siri 4.0
ย 

ย ๐Ÿ. ๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ƒ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ?

Bertemakan โ€œDaripada belia untuk semuaโ€ penerima adalah disasarkan kepada penduduk Sabah yang terjejas pendapatan khususnya sepanjang tempoh PKP dan diberi keutamaan kepada mereka yang tidak menerima mana-mana bantuan sebelum ini.
ย ย 

๐Ÿ‘. ๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐Ÿ’.๐ŸŽ?

Majlis Belia Sabah Bersama ahli badan-badan gabungan merupakan penggerak utama gerakan ini bersama kelab-kelab belia seluruh negeri Sabah yang terpilih. Kelab-kelab belia ini adalah dipilih oleh Pegawai Belia Bahagian KBSS dengan kerjasama pegawai-pegawai belia daerah KBSS yang lain.
ย ย 

๐Ÿ’.๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐Ÿ’.๐ŸŽ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐›๐š๐ซ๐ฎ-๐›๐š๐ซ๐ฎ ๐ข๐ง๐ข ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐˜๐€๐ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ค๐š๐ง?

Berdasarkan pengalaman siri 1 hingga 3 pelbagai aspek akan diambil kira dan dimurnikan untuk penambahbaikan setiap gerakan. Dana adalah disalurkan secara terus ke dalam akaun kelab belia yang telah diamanahkan dan dipilih oleh pegawai belia bahagian begitu juga gerakan Majlis Belia Sabah Bersama ahli badan gabungannya.
ย Antara perkara yang menjadi keutamaan ialah kepatuhan terhadap perintah SOP semasa yang dikeluarkan oleh pihak berwajib oleh setiap sukarelawan yang terlibat sepanjang proses agihan dibuat. Oleh yang demikian kesemua gerakan perlu mendapatkan kebenaran gerakan terlebih dahulu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana ataupun Balai Polis Daerah masing-masing. Manakala pemilihan penerima sumbangan serta jenis sumbangan adalah tertakluk kepada pemilihan yang dibuat oleh penggerak gerakan mengikut kesesuaian dan keperluan lokasi gerakan.
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close