KENYATAAN MEDIA : UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH

 

PENGHARGAAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH ATAS PEMBERIAN GERAN TAHUNAN AKTIVITI BELIA TAHUN 2020 KEPADA MAJLIS BELIA SABAH DAN BADAN GABUNGAN

1.  Majlis Belia Sabah (MBS) dan Badan Gabungan ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Haji Apdal melalui Kementerian
Belia dan Sukan Sabah (KBSS) yang telah memberikan peruntukan geran sebanyak
RM 2,549,000.00 kepada Majlis Belia Sabah dan 17 Badan Gabungan Majlis Belia
Sabah yang bernaung di bawah MBS

2.  Kepercayaan berterusan KBSS yang telah memperuntukan geran tahunan ini sejak
lebih 10 tahun lepas menzahirkan keseriusan pihak kementerian menghakupaya
Majlis Belia Sabah dan Badan Gabungan yang mempunyai keahlian lebih 195,000
orang seluruh Sabah (setakat Mei 2020)

3.  MBS juga menerima baik kaedah baharu penganugerahan dana secara berfasa
yang diperkenalkan oleh KBSS pada tahun ini. Sebanyak RM 1,274,500 (50%) telah
diluluskan kepada MBS dan 17 Badan Gabungan untuk fasa pertama pada 4 Jun
2020. Manakala baki RM 1,274,500 (50%) lagi akan disalurkan pada fasa kedua
mengikut prestasi dan aktiviti yang dijalankan. Hal ini pastinya mendorong MBS dan
Badan Gabungan untuk melaksanakan gerak kerja dengan lebih efektif dan
profesional

4.  Seperti semua sedia maklum, bantuan dana untuk kelab belia tunggal yang tidak
bergabung bersama MBS tetap diperuntukkan oleh KBSS seperti biasa. Walaupun
terdapat kelab belia tunggal yang tidak bernaung di bawah MBS, MBS akan terus
menyantuni kelab – kelab belia mahupun belia tidak berpersatuan dalam program –
program pembangunan belia yang dilaksanakan

5.  Sebagai penutup, MBS dan Badan Gabungan komited untuk terus melaksanakan
aktiviti pembangunan belia di seluruh Negeri dengan mengikuti SOP yang telah
digariskan oleh MKN, KKM dan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan negeri dan
negara kita yang tercinta bebas daripada wabak COVID-19. Kita Mesti Menang,
Belia Sabah Berwibawa!

 

Ucapan penghargaan ini merupakan kenyataan bersama:

1) Majlis Belia Sabah (MBS)
2) Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS)
3) Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah (PPPMCS)
4) Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Sabah (PPIM Sabah)
5) St. John Ambulans Malaysia Negeri Sabah (SJAM Sabah)
6) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah (ABIM Sabah)
7) Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM Sabah)
8) Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM)
9) Junior Chamber International (JCI) Malaysia Sabah (JCI Area Sabah)
10) Briged Putera Malaysia Sabah (BB SABAH)
11) Briged Puteri Malaysia Sabah (GB SABAH)
12) Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sabah (BSMM Sabah)
13) Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan (GPBBPBS)
14) Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Utara (GPBBPBU)
15) Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah (GPBBPB)
16) Gabungan Persatuan Belia Bahagian Sandakan (GPBBS)
17) Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Atas (GPBBPA)
18) Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau (GABETA)

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close