KENYATAAN MEDIA : “MBS MERAIKAN PERANAN WANITA DALAM MENJAWAT JAWATAN PENTING”


Noorziean Md. Tairuddin

29 Disember 2020, Kota Kinabalu : Majlis Belia Sabah (MBS) menyambut baik berita pelantikan Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusuf sebagai Peguam Besar Negeri Sabah dan juga Puan Noorliza binti Awang Alip sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu.

Pelantikan ini telah melakar sejarah apabila keduanya merupakan wanita pertama dilantik untuk menjawat jawatan tersebut bagi negeri Sabah.

Pelantikan dalam kalangan wanita yang mempunyai kredibiliti serta berwibawa ini membuktikan peluang dan ruang diberikan seluas-luasnya buat kaum wanita untuk bersama-sama menerajui kepimpinan dan jawatan terpenting dalam barisan kepimpinan tertinggi negeri Sabah.

Jesteru itu, pelantikan dua jawatan penting ini akan mampu menjadi pemangkin dalam usaha mengiktiraf serta menghargai kemampuan serta keupayaan kaum wanita agar berani untuk berdaya saing serta bijak memanfaatkan ruang dan peluang yang diberi dengan mempamerkan kebolehan serta potensi diri sekaligus berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri.

MBS juga ingin melihat agar lebih ramai individu dan pemimpin yang berkredibiliti, mempunyai kemampuan cemerlang serta membawa idea segar agar diberi ruang dan peluang untuk berada dalam barisan kepimpinan tertinggi negeri Sabah. Sudah pasti ianya adalah diharapkan untuk membawa perubahan sosio ekonomi serta pembangunan yang lebih mampan dan berdaya saing buat negeri Sabah. Akhirnya membawa manfaat kepada seluruh masyarakat negeri Sabah .

Sekali lagi MBS menyokong penuh pelantikan ini dan menzahirkan harapan agar suatu perubahan ke arah kecemerlangan sekaligus membawa manfaat kepada rakyat Sabah akan direalisasikan. MBS juga menaruh harapan agar lebih ramai dalam kalangan wanita berkaliber akan diberi perhatian serta mendapat peluang sewajarnya.

NOORZIEAN BINTI MOHD TAIRUDIN
SETIAUSAHA AGUNG
MAJLIS BELIA SABAH

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close