Kenyataan Rasmi : Cadangan Penambahbaikan Bagi Menjaga Kebajikan Rakyat Yang Terkesan Selama Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa

Kenyataan Rasmi Majlis Belia Sabah (MBS)

17 Mac 2020

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT YANG TERKESAN SELAMA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERKUATKUASA

MBS menyambut baik pendekatan Kerajaan Malaysia dalam menghadapi penularan wabak COVID-19. Sebagai sebuah pergerakan belia yang prihatin, berikut adalah cadangan penambahbaikan yang wajar diambil oleh pihak kerajaan:

1. Kerjasama antara syarikat telekomunikasi dan Kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan internet / wi-fi percuma kepada rakyat. Hal ini bagi menggalakkan aktiviti pembelajaran atas talian melalui pembelajaran formal atau tidak formal dalam kalangan belia dan kanak – kanak khususnya dalam tempoh penguatkuasaan larangan

2. Memastikan kebajikan pelajar IPTA/IPTS dan institusi kemahiran/pengajian lain yang tidak dapat pulang ke kampung halaman terus terjaga. Hal ini termasuklah pengecualian caj tambahan (sekiranya ada) yang dikenakan kepada mereka yang terpaksa menangguhkan perjalanan

3. Bantuan khas bagi menanggung kos perkhidmatan pengasuh kanak-kanak bagi ibu bapa yang masih berkhidmat selama Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan

4. Penguatkuasaan penstrukturan dan penangguhan bayaran pinjaman daripada pihak bank dan instrumen kewangan lain kepada peminjam yang terkesan secara langsung

5. Penguatkuasaan kawalan harga dan pemantauan bekalan makanan mencukupi khusus di kawasan luar bandar

6. Meneruskan penguatkuasaan kawalan harga dan memudahkan laporan dibuat sekiranya terdapat pihak yang menaikkan harga face mask dan hand sanitizer

7. Bantuan khas kepada keluarga pesakit yg di kuarantin terutamanya ketua keluarga
(breadwinner) yang terkesan dengan jangkitan

8. Memastikan kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan dalam keadaan optima. Bebanan
kerja melampau (work overload) yang mereka hadapi ketika krisis perlu di beri perhatian yang
serius

9. Membenarkan pengeluaran khas dengan jumlah terhad akaun 2 KWSP bagi menampung
komitmen isi rumah bagi yang layak. Contohnya ibu tunggal, golongan B40 dan lain – lain
10. Penyebaran maklumat daripada pihak berkuasa melalui SMS selain daripada aplikasi media
sosial bagi mereka yang tidak mempunyai data internet

MBS berharap cadangan ini boleh dilaksana bagi menjaga kebajikan rakyat secara holistik . MBS
juga bersedia untuk membantu menyediakan sukarelawan sekiranya diperlukan oleh pihak
berkuasa.

MBS menyeru kepada masyarakat untuk tidak panik dan terus mengikuti nasihat pihak berkuasa
dari masa ke masa. Dapatkan maklumat yang sahih dan elakkan daripada menyebar maklumat
palsu.

“Belia Sabah Berwibawa”

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close