Kepimpinan belia

Program Kepimpinan Belia

Peluang untuk anda bekerja bersama Timbalan Menteri di Kementerian Belia dan Sukan. Inilah masanya untuk anda menjadi sebahagian dari Team KBS.



Terbuka kepada belia minoriti (Orang Asli Semenanjung, penduduk asli Sabah & Sarawak) berumur dari 18 – 30 tahun, berasal dari keluarga yang berpendapatan bawah M40.

Anda boleh mengisi borang permohonan dengan menggunakan pautan google form seperti di bawah :

https://forms.gle/9vu8UygTD2oiW3xP8

Tarikh permohonan penyertaan bermula 1 Jun hingga 12 Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

  • En Mohamad Akmal (03 – 8871 3463)
  • Puan Shaliza (03 – 8871 3617).

Untuk maklumat lanjut sila layari Parlimen Belia : https://parlimenbelia.kbs.gov.my

Felo Perdana ini merupakan usaha kerajaan untuk melahirkan barisan pelapis kepimpinan negara daripada kalangan pemimpin pelajar di dalam dan di luar negara.Tahun 2019 merupakan tahun ke-7 pelaksanaan Program Felo Perdana dan sehingga kini, seramai 460 orang peserta Program Felo Perdana yang terpilih telah ditempatkan di pejabat Menteri Kabinet bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan kepada Felo mengenai urus tadbir negara.

Untuk maklumat lanjut sila layari Felo Perdana: http://myfelo.kbs.gov.my

MFLS merupakan sebuah program baharu yang dibentuk untuk melahirkan pemimpin belia yang boleh menyumbang sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat antarabangsa disamping membentuk generasi belia yang lebih berwawasan dan tinggi nilai jati diri.Selain itu, program MFLS ini juga dibentuk hasil daripada susulan idea YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ketika dijemput menyampaikan ucaptama di Japan Future Leaders School pada 7 Ogos 2018 yang menyatakan – “semua negara termasuk Malaysia perlu mencontohi Kerajaan Jepun dengan mewujudkan sebuah entiti khusus bagi pembangunan kepimpinan dalam kalangan belia”. Program baharu ini dirangka secara holistik dengan menggabungkan aktiviti ‘indoor’ dan ‘outdoor’ berimpak tinggi untuk menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara. Pelaksanaan MFLS ini akan melibatkan kumpulan sasar utama belia berumur di antara 15 hingga 17 tahun dan terbahagi kepada tiga peringkat pelaksanaan (3 Tier) iaitu:


Peringkat Pertama (Tier 1)

Tier 1 bertujuan untuk mengenalpasti belia yang efektif dalam pengurusan diri berdasarkan elemen pencapaian akademik, kegiatan kokurikulum, sahsiah dan kecergasan fizikal. Peringkat ini akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan melibatkan pelajar berumur 15 hingga 17 tahun. Ia merupakan proses saringan untuk memilih peserta yang layak ke peringkat Tier

Peringkat Kedua (Tier 2)
Tier 2 merupakan peringkat yang bertujuan membangunkan belia untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti dan masyarakat. Peringkat ini dilaksanakan menggunakan modul khusus bagi melahirkan pemimpin dalam kalangan belia yang mempunyai keupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif , mahir berkomunikasi, mengamalkan nilai-nilai murni, serta mempunyai semangat kesukarelawanan. Pada peringkat ini peserta akan mengikuti program selama 10 hari melibatkan aktiviti indoor dan outdoor di kem-kem yang telah ditetapkan.

Peringkat Ketiga (Tier 3)
Tier 3 merupakan peringkat yang bertujuan melahirkan pemimpin belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan ke peringkat antarabangsa. Pada peringkat ini perserta akan melalui pelbagai program di peringkat yang lebih tinggi mencakupi elemen kepimpinan, komunikasi, kenegaraan, pembinaan karakter, kesukarelawanan, keusahawanan dan pengantarabangsaan. Peserta daripada Tier 2 yang terpilih akan menyertai program di Tier 3 selama tempoh 7 bulan.

Selain dari itu, peserta yang layak ke Tier 3 akan mempunyai pemberat untuk kemasukan ke Universiti Awam, peruntukan biasiswa dan peluang berkhidmat di dalam sektor perkhidmatan awam.

Untuk maklumat lanjut sila layari, http://mfls.kbs.gov.my/

Akan datang

Program Jati Diri KLD Tunas Samudera (Skim Belia) 2019 Voyage 392/19


Peluang untuk belia merasai pengalaman berlayar dan belajar di tengah lautan. Jom sertai Program Jati Diri KLD Tunas Samudera (Skim Belia) 2019, Voyage 392/19 pada 17 hingga 26 Julai 2019.

Program anjuran KBS dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan. Belia yang berminat dan ingin memohon untuk menjadi peserta perlu mematuhi syarat – syarat yang disediakan. Anda boleh rujuk laman portal di www.kbs.gov.my

Bagi belia yang melepasi syarat yang di tetapkan anda boleh muat turun Borang Pengesahan KLD Tunas Samudera di portal KBS dan isi borang pendaftaran di pautan google form di bawah:

https://forms.gle/dL3vNVXDrpQpr6sU8

Pendaftaran bermula 10 sehingga 27 Jun 2019. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman bermakna ini. Jom sertai Program Jati Diri KLD Tunas Samudera (Skim Belia) 2019 Voyage 392/19.

#TeamKBS
#YouthPower
#KLDTunasSamuderaVoyage392

Close

Borang Cadangan

Ingin kongsikan lagi peluang lain yang ada di luar sana kepada anak muda Sabah? Sertakan cadangan anda dengan mengisi Borang Cadangan untuk dimuatkan ke dalam laman web ini.

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.