KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BELIA SABAH KEPADA KETUA MENTERI SABAH

11 Disember, Jumaat – Majlis Belia Sabah (MBS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bagi memperkenalkan barisan kepimpinan kanan Majlis Belia Sabah, memberi taklimat tentang peranan MBS dan Badan Gabungan dalam membantu Kerajaan Negeri dalam membangunkan belia Sabah.

Dalam kunjungan hormat tersebut, YAB Ketua Menteri telah menyampaikan aspirasi beliau tentang Belanjawan Negeri Sabah 2021 dan aspirasi Sabah Maju Jaya, yang memfokuskan kepada Pelancongan, Pertanian dan Perindustrian. Majlis Belia Sabah pada masa yang sama turut menyampaikan memorandum bagi memberikan beberapa cadangan dalam membangunkan negeri Sabah, dan beberapa perkara yang sama seperti aspirasi YAB Ketua Menteri.

Turut ditekankan dalam kunjungan hormat tersebut adalah berkenaan dengan menyantuni para belia dengan meraikan para belia dalam Sambutan Hari Belia.

Majlis Belia Sabah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian YAB Ketua Menteri Sabah yang menerima kehadiran pimpinan kanan MBS bagi menyampaikan hasrat belia Sabah dalam melihat perubahan kepada pembangunan negeri Sabah.

Turut bersama dalam rombongan Kunjungan Hormat MBS kepada Ketua Menteri Sabah ialah Ahmad Farid Sainuri (Presiden MBS), Abqaree Fawwaz Abekan (Timbalan Presiden MBS), Mazlan Johari Manan (Pengerusi Tetap MBS), Kevin Lo (Naib Presiden MBS), Mohd Nur Hilmie Bin Milus (Naib Presiden MBS), Pn. Noorziean Md. Tairuddin (Setiausaha Agung MBS), Mohd. Zikri Zainuddin (Ketua Penerangan MBS) dan Mohd. Taufik Ismail (Setiausaha Kerja MBS).

(Dari kiri :  Hilmie Bin Milus, Abqaree Fawwaz, Mazlan, Ahmad Farid, YAB Ketua Menteri, Kevin Lo, Noorziean, Zikri Zainuddin)

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close