Lantikan Mohammad Fauzi Sebagai Exco MBS Yang Baharu

Selamat datang Sdr. Mohammad Fauzi Acho sebagai salah seorang Exco Lantikan Majlis Belia Sabah. Beliau merupakan anak muda berusia 25 tahun berasal daripada Tawau.

Pelantikan beliau melengkapkan senarai 2 orang Exco lantikan sesi 2018-2020 di bawah kuasa perogatif Presiden. Semoga pengalaman dan kreativiti beliau dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam merancakkan lagi aktiviti pembangunan belia Sabah.

Sebagai seorang peguam lulusan UIAM, beliau akan memegang portfolio khas Undang-Undang Majlis Belia Sabah. Antara program yang akan diletakkan di bawah tanggungjawab beliau adalah inisiatif kesedaran Perlembagaan Negara dalam kalangan belia Sabah.

Pelantikan berkuatkuasa serta merta bermula hari ini (18 Jun 2020). Lihat carta organisasi MBS disini: https://beliasabah.org.my/carta-organisasi/

#BeliaSabahBerwibawa

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close