Majlis Belia Sabah Sambut Baik Belanjawan Sabah 2021

 

Kenyataan Media Presiden Majlis Belia Sabah
19 Disember 2021

“Majlis Belia Sabah (MBS) Sambut Baik Belanjawan Sabah 2021”

1. MBS menyambut baik pembentangan Belanjawan Sabah 2021 yang juga belanjawan fundamental untuk Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (Pelan SMJ) 2021 – 2025 pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah. Sekalung penghargaan juga buat YAB Ketua Menteri kerana mengiktiraf Majlis Belia Sabah sebagai salah satu agensi yang berusaha untuk menyantuni keperluan belia di Sabah bersama agensi kerajaan yang lain

2. Komitment kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terhadap pembangunan TVET, STEM dan pembangunan modal insan terutamanya dalam kalangan belia perlu didokong oleh setiap lapisan masyarakat agar kumpulan sasar mendapat manfaatnya. Inisiatif BUDI dan BAKTI juga merupakan pelaburan jangka panjang yang dapat memastikan setiap anak Sabah mendapat peluang pendidikan yang terbaik demi masa hadapan mereka

3. Dengan pelbagai inisiatif baharu yang diperkenalkan, MBS terus konsisten menyeru agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian khusus kepada pembangunan ekosistem ekonomi kreatif dan digital sebagai salah satu industri baharu yang perlu diperkenalkan secara intensif di Sabah. Hal ini bukan sahaja untuk membawa masuk “Digital Big Players” daripada luar untuk melabur di Sabah, tetapi juga untuk memperkasa aktiviti industri hiliran buat industri sedia ada seperti minyak & gas, pertanian, pelancongan

4. MBS juga mencadangkan untuk pihak kerajaan memperkasakan lagi sistem sokongan (melalui bantuan dana & khidmat nasihat) kepada kumpulan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang merupakan nadi kepada ekonomi Sabah. Sektor ini mewakili lebih 90% aktiviti perniagaan pengeluaran dan perkhidmatan di Sabah

5. Selain daripada pengusaha IKS yang berdaftar, kumpulan “freelancers” dan juga pemain industri ekonomi gig perlu diiktiraf sebagai pemain industri IKS yang sah. Ramai dalam kalangan mereka merupakan pengusaha “bidan terjun” yang lahir daripada kesempitan hidup dalam menjalani kehidupan didalam suasana penularan wabak pandemik Covid-19

6. MBS sebagai rakan strategik agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan terus mendokong usaha-usaha yang dibawa oleh pihak Kerajaan untuk sampai kepada kumpulan sasaran

 

“Belia Sabah Berwibawa”

 

Ahmad Farid Sainuri
Presiden Majlis Belia Sabah

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close