MBS HARGAI KOMITMEN KERAJAAN NEGERI SANTUNI KEPERLUAN PERGERAKAN BELIA DI SABAH

KENYATAAN BERSAMA MAJLIS BELIA SABAH (MBS) DAN BADAN GABUNGAN
4 JULAI 2021
MBS Hargai Komitmen Kerajaan Negeri Santuni Keperluan Pergerakan Belia di Sabah
1. MBS dan Badan Gabungannnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas kesudian menjalankan lawatan kerja ke Arena Belia, Majlis Belia Sabah bagi meraikan sukarelawan dan mendengar taklimat program Dapur Belia 4.0.
2. Penyaluran dana sebanyak RM500,000 oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Bantuan Sabah Prihatin 3.0 bagi menjayakan program ini membolehkan MBS menyasarkan penglibatan lebih 100 kelab belia dengan 15,000 buah keluarga di seluruh Sabah sebagai penerima manfaat Dapur Belia 4.0. Setakat hari ini, lebih 3,000 penerima telah mendapat manfaat program Dapur Belia 4.0
3. Dalam lawatan kerja tersebut, YAB Ketua Menteri turut berkesempatan meluangkan masa menyaksikan perjanjian MoU antara Majlis Belia Sabah dengan PERKESO bagi membantu belia yang terkesan sepanjang PKP akibat kehilangan pekerjaan dengan mempergiatkan lagi penggunaan Portal MyFutureJobs sebagai platform pencarian pekerjaan dalam kalangan belia Sabah
4. MBS juga ingin menzahirkan penghargaan buat Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) yang diterajui oleh YB Datuk Ellron Alfred Angin atas penyerahan geran tahunan berjumlah RM2,549,000.00 kepada MBS dan 17 Badan Gabungan bagi menjayakan pelbagai program pembangunan belia bagi tahun 2021. Penyerahan ini disaksikan sendiri oleh YAB Ketua Menteri dalam program yang sama.
5. Meskipun di dalam suasana pandemik, MBS dan Badan Gabungan telah pun berjaya menjalankan lebih 1,550 program pembangunan belia dengan lebih 158,000 penyertaan daripada belia seluruh Sabah pada tahun 2020. Komitmen KBSS dalam memperkasa pergerakan belia melalui bantuan kewangan dan sokongan adalah bukti kesungguhan pihak Kerajaan Negeri menyantuni keperluan belia di Sabah
6. Bantuan geran tahunan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mempergiatkan lagi aktiviti yang sesuai dengan keadaan semasa. Oleh kerana itu, MBS mengangkat tema EMPATHY sebagai fokus penganjuran program pembangunan belia sepanjang 2021.
EMPATHY:
E – Education (Pendidikan)
MP -Employment (Pekerjaan),
T – Technical Skills (Kemahiran / TVET),
H – Health (Kesihatan Mental & Fizikal) dan
Y – Youthful Mindset (Pemikiran Belia)
7. MBS dan Badan Gabungannya komited untuk mengurus dana yang diberikan sebaiknya dengan penuh integriti dan dioptimakan khusus untuk manfaat belia yang berpersatuan mahupun tidak berpersatuan, Berpendidikan tinggi mahupun tidak, Belia di bandar, mahupun luar bandar demi melahirkan belia yang maju dan berjaya sesuai perjuangan YAB Ketua Menteri untuk menjayakan aspirasi SABAH MAJU JAYA.
Kenyataan bersama oleh Majlis Belia Sabah dan Badan Gabungannya:
1. PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH (PPMCS)
2. PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN SABAH (PPPMCS)
3. ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM SABAH)
4. ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA NEGERI SABAH ( SJAM SABAH )
5. PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERHUBUNGAN NEGERI SABAH ( PPIM SABAH)
6. PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA ( YMM SABAH )
7. BRIGED PUTERA MALAYSIA SABAH ( BB SABAH )
8. BRIGED PUTERI MALAYSIA SABAH ( GB SABAH )
9. PERTUBUHAN GERAKAN BELIA BERSATU MALAYSIA SABAH ( GBBM SABAH )
10. JUNIOR CHAMBER INTERNATIONAL MALAYSIA SABAH (JCI AREA SABAH )
11. GABUNGAN PERSATUAN BELIA BAHAGIAN PANTAI BARAT SELATAN (GPBBPBS)
12. GABUNGAN PERSATUAN BELIA BAHAGIAN PANTAI BARAT UTARA (GPBBPBU)
13. GABUNGAN PERSATUAN BELIA BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH (GPBBPB)
14. BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN SABAH ( BSSM SABAH )
15. GABUNGAN BELIA PERSATUAN BAHAGIAN SANDAKAN (GBPBS)
16. GABUNGAN BELIA PERSATUAN BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS (GBPBPA)
17. GABUNGAN BELIA PERSATUAN BAHAGIAN TAWAU (GBPBT)

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close