MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (MPAT) MAJLIS BELIA SABAH KALI KE-24

Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Sabah (MBS) Kali Ke-24
Majlis Belia Sabah (MBS) telah mengadakan MPAT kali ke-24 yang dilaksanakan secara hibrid dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah merangkap Penaung Majlis Belia Sabah. MPAT pada kali ini juga dihadiri oleh Tn. Mansur Asun selaku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dan juga Tn. Mohammad Mazlan Hj. Anis selaku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Seramai 74 orang perwakilan terdiri daripada Exco, Dewan Tertinggi dan Badan-Badan Gabungan MBs layak menyertai MPAT MBM kali ini. MPAT merupakan perhimpunan keluarga besar MBS bagi membincangkan dasar, hala tuju dan pembangunan generasi belia khususnya di negeri Sabah.
MPAT MBS Kali Ke-24 juga merupakan tahun pemilihan telah menyaksikan seramai 32 calon yang bertanding dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Sabah Sesi 2021-2023. Pemilihan ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Ibrahim Haji Yunus selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya MBS yang dilantik oleh Dewan Tertinggi Majlis Belia Sabah.
Tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa yang telah menang dalam Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Sabah Sesi 2021-2023 pada kali ini.
Majlis Belia Sabah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh para perwakilan yang telah menjayakan MPAT kali ini.

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close