Majlis Belia Sabah (Sabah Youth Council) ditubuhkan pada awal tahun 1990-an, dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah(KBSS) dan didaftarkan secara rasmi dipejabat pendaftar pertubuhan malaysia (ROS – registrar of societies ) pada 16 disember 1991 dengan no. pendaftaran :- 70/91 (Sabah). pada tarikh 17 oktober 2003 Majlis Belia Sabah dengan singkatan “MBS” mendapat tauliah keahlian sebagai badan gabungan rasmi Majlis Belia Malaysia (MBM). bertarikh 25 mei 2014 MBS berdaftar di pejabat pendaftar pertubuhan belia malaysia ( ROY – registrar of youth ) dengan no pendaftaran ppbm 9237/14. MBS adalah payung bagi 14 persatuan yang bergabung dengannya yang berdaftar di bawah ( ROY – registrar of youth ) ABIM,YMM,GBBM,JCI,GPPBPBS, GPBBPBU,GPBBPB. bagi yang berdaftar dibawah (ROS – registrar of societies ) PPIM, BB & GB serta pendaftaran dibawah akta parlimen iaitu PPMCS, PPPMCS, SJAM & BSMM.