PKPP: LANJUTKAN MORATORIUM PINJAMAN

Mazlan Joe Manan

 

LANJUTKAN MORATORIUM PINJAMAN

1. Majlis Belia Sabah memandang serius kesan-kesan pandemik covid19 dan PKP dan PKPB sebelum ini yang telah banyak merubah kehidupan rakyat Malaysia dan menjejaskan pendapatan mereka.

2. Merujuk kepada moratorium 6 bulan yang telah diumumkan oleh Kerajaan, bermula pada 1 April 2020 dan dijangka berakhir September ini telah banyak membantu meringankan bebanan rakyat dengan lebihan tunai ditangan ketika pandemik melanda.

3. Walaubagaimanapun, statistik menunjukkan kadar pengangguran yang semakin bertambah dan akan terus bertambah untuk beberapa bulan mendatang. Maklumat yang kita perolehi juga menunjukkan banyak majikan-majikan yang telah melaksanakan pemotongan gaji pekerja atau memberhentikan perkhidmatan pekerja. Risiko kehilangan pekerjaan dan pendapatan dikalangan rakyat akan lebih memudaratkan kehidupan dan sudah pasti akan menambah masalah sosial dalam negara. Hakikatnya, rakyat belum bersedia untuk menghadapi bulan Oktober dan mendatang apabila mereka terpaksa kembali dengan komitmen pembayaran pinjaman.

4. Data dan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada 14 Mei 2020 menunjukkan kadar pengangguran dijangka akan terus meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur untuk keseluruhan tahun 2020

5. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kepada kerajaan dan perbankan untuk melanjutkan lagi moratorium pinjaman tersebut sekurangnya sehingga December 2020 bagi memberi ruang dan peluang kepada rakyat menstabilkan kehidupan dan ekonomi mereka sehingga mampu membayar balik komitmen pinjaman mereka.

6. Melalui pakej rangsangan PENJANA oleh kerajaan yang banyak membantu golongan pekerja dan majikan-majikan bagi mengekalkan pekerjaan. Insentif-insentif tersebut melegakan pihak majikan dan pekerja.

7. Menerusi pelanjutan inisiatif moratorium tersebut dan inisiatif lain, ia dapat membantu kerajaan mencapai garis hala tuju ekonomi semasa khususnya bagi memastikan isu pengangguran dapat dibendung dengan baik, seterusnya merancakkan kembali aktiviti ekonomi secara sistematik apabila rakyat beroleh pendapatan.

Mazlan Joehari Manan
Pengerusi Tetap
Majlis Belia Sabah

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close