Rayuan Sumbangan Pelitup Muka

 

Pada 1 Ogos 2020 kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada semua. Tidak terkecuali kepada murid dan pelajar sekolah.

Majlis Belia Sabah menyambut baik saranan pematuhan arahan tersebut demi tujuan kemaslahatan umum.

Pun begitu MBS juga cakna dengan keluhan demi keluhan khususnya mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli pelitup muka ini dan terpaksa mengitar semula pemakaiannya. Apatah lagi dalam kalangan murid-murid sekolah rendah yang kita ketahui adalah berisiko tinggi.

Kisah pelitup muka dikitar semula, malah ada yang berkongsi dengan adik beradik yang lain. Lebih sadis mengutip semula buangan orang lain . Kisah ini semakin hari semakin didengari

Prihatin dengan situasi ini MBS ingin menarik perhatian dan timbang rasa orang ramai agar memberi sumbangan dalam projek edaran pelitup separuh muka boleh dicuci dan diguna semula kepada murid-murid sekolah yang tidak mampu.

Sasaran untuk menghasilkan 10,000 keping pelitup separuh muka jenis kain ini dengan nilai kos RM 5.00 sekeping.

Ayuh ! Bantulah kami , serendah RM 5.00 untuk seorang murid. Sesungguhnya Allah jua yang maha membalas ganjarannya

No akaun Majlis Belia Sabah : 8603250150 (CIMB BANK)
Rujukan : MBS_COVID19

Pertanyaan :
01126693521 ( David )
01165657970 ( Taufik )

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close