#SabahYouthCares Platform Belia Suarakan Pendapat Dalam Tempoh PKP

Majlis Belia Sabah (MBS) lancarkan kempen #SabahYouthCares atau #BeliaSabahPrihatin bagi memastikan kerisauan dan pendapat belia sepanjang tempoh PKP terus didengari.

Kempen ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sebagai usaha bagi menyantuni belia dalam menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tempoh PKP.

Menurut Menteri KBSS, YB Phoong Jin Zhe, usahasama KBSS-MBS ini adalah kaedah terbaik untuk mendengar cabaran yang dihadapi oleh usahawan belia, freelancer belia, pelajar dan kategori-kategori belia yang lain. Beliau menyatakan komitmen kementerian untuk memastikan isu-isu yang menekan dapat dibincangakan di peringkat Kerajaan Negeri.

Presiden MBS, Ahmad Farid Sainuri menyeru untuk para Belia Sabah menghantar cadangan dengan melayari laman sesawang MBS beliasabah.org.my . Kempen ini akan diteruskan sehingga tempoh PKP tamat. Menurut beliau, Setiap cadangan yang dihantar akan mendapat respon balas daripada pihak menteri KBSS secara mingguan.

Para belia dijemput untuk klik pautan berikut bagi terlibat menyuarakan pendapat sepanjang tempoh PKP ini :

https://beliasabah.org.my/sabahyouthcares/

 

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close