UCAPAN ALUAN PRESIDEN MBS SEMPENA MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH SIDANG 2 / PENGGAL 32

Ahmad Farid Sainuri

Secangkir kopi semerbak aroma,
Membugar minda, memanas badan,
Awal bismillah pembuka kata,
Selamat datang tuan puan, ke meja perundingan!

Majlis perundingan Belia Negara negeri Sabah merupakan sebuah platform untuk memberi ruang dan peluang kepada anak muda Sabah menyuarakan bukan sahaja pendapat, malah solusi kepada setiap permasalahan yang mereka hadapi setiap hari.

Harus diperingatkan bahawa majlis Perundungan Belia Negara Negeri Sabah merupakan salah satu agenda utama yang telah termaktub dalam akta 668 perlembagaan Malaysia. Justeru Persidangan pada hari ini bukanlah Persidangan main-main bukanlah Persidangan Kedai Kopi bukan sekadar diskusi Picisan, akan tetapi merupakan suatu manifestasi peranan anak muda dalam membangun negara.

Setiap pihak yang terlibat secara langsung, terutamanya agensi-agensi yang terlibat wajar merasakan beban amanah untuk menyelesaikan isu-isu yang telah ataupun bakal di angkat dalam Majlis Perundingan Belia Negara negeri Sabah

Ahli Majlis Yang Dimuliakan,

Dalam amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia, terdapat keperluan untuk mempunyai wakil dengan jumlah yang signifikan bagi mempengaruhi sesuatu keputusan.

Sama halnya dalam isu Perwakilan suara belia dalam Dewan Undangan Negeri dan juga di Dewan Parlimen. Dengan ketiadaan jumlah yang signifikan adalah mustahil untuk isu yang dekat di hati belia mendapat perhatian sewajarnya kerana tidak diwakili dengan berkesan. Setiap hal yang di angkat akhirnya cuma menjadi perbincangan yang tergantung.

Contohnya di dewan Parlimen Malaysia, daripada 222 ahli parlimen cuma terdapat 2 orang ahli parlimen yang berumur bawah 30 tahun. Ketidakseimbangan jumlah wakil belia di dalam dewan Parlimen adalah tidak selari dengan penurunan had umur mengundi yang telah diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan juga definisi had umur belia yang telah diturunkan daripada 40 kepada 30 tahun.

Manakala jika dibuat perbandingan berdasarkan jantina pula, cuma terdapat 31 ahli parlimen wanita berbanding 191 ahli parlimen lelaki yang mendominasi dewan. Tidak sampai 20% reprensatasi wanita. Sama halnya di DUN Sabah, dimana ADUN wanita juga tidak sampai 30% daripada komposisi keseulurahan jumlah ADUN Sabah.

Oleh hal yang demikian saya menyeru kepada ahli persidangan untuk bertindak sebagai advokator berbanding bertindak sebagai tukang repot semata. Terdapat 32 usul yang tersenarai dalam majlis perundingan pada hari ini. Setiap satu daripadanya memerlukan komitmen penuh bukan sahaja agensi kerajaan malah penggubal undang-undang.

Dalam erti kata yang lain, memerlukan kesanggupan politik (political will) daripada politikus. Maknanya, perundingan hari ini tidak terhenti di dalam dewan ini, akan tetapi perlu didesak secara berterusan melalui pintu-pintu yang lain. Anak muda perlu kreatif dan agresif dalam memperjuangkan nasib sendiri.

Anak muda mahu sejahtera ekonomi,
Bukan retorik tapi realiti,
Alang-alang sudah berhimpun disini,
Mari kita runding sampai jadi!

RAIA HOTEL, KK
3 SEPT 2020 (KHAMIS)
9.00 PG – 1.00 PTG

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close