Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1441H

Majlis Belia Sabah (MBS) mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1441H / 2020M kepada Muslimin dan Muslimat seluruh Malaysia. Semoga tiap ibadah dan amal kebajikan yang dijalankan diterima oleh Allah SWT.

Dikesempatan ini, MBS ingin mengajak anak muda walau dimana sahaja anda berada untuk terus bersama berjuang memutuskan rantaian penyebaran wabak Covid-19.

Dengan niat untuk menjaga keselamatan umum, Insya-Allah kesabaran dan pengorbanan anda (baik duduk di rumah, bertugas sebagai frontliners atau sukarelawan NGO) semuanya pasti tercatat sebagai amal kebajikan sebagaimana yang disebutkan dalam Al Quran;

“. . . Dan barangsiapa yang memelihara nyawa seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara nyawa manusia semuanya . . .”

Dalam menghadapi cabaran dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), belia perlu mulai persiapkan diri dengan cabaran pasca PKP. Cabaran ekonomi, peluang pekerjaan dan kegawatan ekonomi global pasti akan memberikan implikasi yang sirius. Terus persiapkan diri dengan set kemahiran (skill set) baharu dan kalis pandemik sementara punya banyak masa terluang di rumah ataupun asrama.

Apa yang lebih penting adalah untuk terus kekal optimis lagi positif dan bertindak berdasarkan Locus of Control (Perkara yang dibawah kawalan diri anda). Usah risaukan perkara yang belum terjadi, malah persiapkan diri dengan kemahiran yang dunia mungkin perlukan di masa hadapan.

Selain itu, adalah penting untuk belia menjadi mata dan telinga dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai latar sosio ekonomi.
Usah biarkan ada jiran yang berlapar, anak yang kehabisan susu atau dapur yang tidak berasap ketika dalam tempoh PKP.

Tidak cukup untuk sekadar bersimpati, tapi zahirkanlah rasa empati kepada mereka yang memerlukan dengan menggerakkan bantuan kemanusiaan. Bermula daripada keluarga terdekat, jiran tetangga dan sesama manusia. Kita jaga kita!

Stay safe, Stay at home.
Kita Mesti Menang!

Ahmad Farid Sainuri
Presiden
Majlis Belia Sabah
1 Ramadhan 1441H

Kongsi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tabung Sumbangan Misi Belia Prihatin

Sumbangan daripada anda amatlah dialu-alukan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap orang yang memerlukannya.

Close